JENAYAH & MAHKAMAH

Hannah Yeoh fail prosiding muflis terhadap pensyarah UUM

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memfailkan prosiding muflis terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff selepas gagal membayar ganti rugi RM400,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi berhubung kes saman fitnah.

Peguamnya, Sangeet Kaur Deo berkata, petisyen muflis bertarikh 9 Julai lalu itu telah diiklankan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Yeoh berjaya membuktikan bahawa hantaran Facebook dibuat Kamarul bersifat fitnah, antaranya menggambarkan beliau sebagai ancaman kepada Islam dan menyalahgunakan kedudukan untuk mempromosikan agama Kristian di Malaysia.

Kamarul sebelum itu memaklumkan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan, namun difahamkan beliau tidak membuat permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan tersebut, sekali gus membolehkan Yeoh memulakan tindakan melalui prosiding muflis.

Kes saman itu difailkan pada 2022 berhubung dua hantaran Facebook yang dimuat naik Kamarul pada Mei 2017, termasuk satu hantaran yang memetik buku biografi Yeoh, Becoming Hannah: A Personal Journey, sebagai kononnya bukti beliau membawa ‘agenda Kristian’ di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button