Haramkan GISB jika tuduhan terbukti benar – Dr Akmal
KUALA LUMPUR – Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) wajar diharamkan jika tuduhan eksploitasi kanak-kanak yang berlaku di rumah amal kendalian mereka terbukti benar.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut berkata, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan paling berat kepada pelakunya sekiranya benar penghuni rumah amal itu dididik dan diajar dengan cara meliwat.
“Jika benar ini berlaku (liwat) maka kerajaan sudah boleh mengharamkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.
“Mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat ataupun berada di dalam situasi sama mengenai perkara yang menyesatkan sebegini untuk jangan takut memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Kita mohon juga kepada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat setiap cawangan mereka dan memastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain juga. Perkara ini bukan ajaran Islam, ini sudah ajaran syaitan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Semalam, pihak polis menerusi Ops Global menyerbu 20 rumah amal kendalian syarikat tersebut di Selangor dan Negeri Sembilan dan berjaya meyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun.
Dalam sidang akhbar susulan operasi tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan sebagai berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Mengulas cara operasi kumpulan itu, selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












