JENAYAH & MAHKAMAH

Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai kanak-kanak

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember tahun lalu.

Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, masing-masing berusia 29 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Shahliza Warnoh sebentar tadi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, mencadangkan kedua-dua tertuduh dikenakan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira memohon supaya jaminan kepada dikurangkan kepada RM5,000 setiap seorang.

Hakim kemudiannya menetapkan jumlah jaminan kepada RM10,000 setiap seorang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button