BERITA SEMASA

Insiden letupan di universiti swasta mungkin berpunca daripada kerosakan sistem kawalan penyaman udara

KUALA LUMPUR – Insiden letupan di sebuah universiti dekat sini kelmarin, mungkin berpunca daripada kerosakan pada sistem kawalan penyaman udara.

Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata, siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang mengumpul bukti bagi mengesahkan hipotesis tersebut, lapor portal NST.

“Sumber letupan dipercayai berpunca daripada peningkatan tekanan gas (R22) dalam sistem penyaman udara serta kerosakan pada sistem kawalan.

“Siasatan kini berada pada peringkat mengesahkan hipotesis,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang disahkan maut manakala sembilan lagi cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button