LUAR NEGARA

Iran nafi berunding dengan AS, ikrar matlamat perang belum dipenuhi

TEHERAN – Kementerian Luar Iran menafikan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mendakwa wujud ‘perbincangan produktif’ antara kedua-dua negara sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan yang dipetik agensi berita Sabereen, Iran kekal dengan pendirian menolak sebarang bentuk rundingan selagi objektif peperangannya belum dicapai.

“Iran tidak akan berunding sebelum matlamat peperangan dipenuhi. Kenyataan Trump dilihat sebagai langkah berundur daripada ugutan terdahulu namun Republik Islam itu tetap berpegang teguh kepada pendirian yang telah diumumkan,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, Iran menegaskan pendiriannya berhubung Selat Hormuz tidak berubah dan laluan strategik itu akan terus ditutup kepada pihak yang dianggap sebagai penceroboh terhadap negara itu.

Sementara itu, jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Ibrahim Rezaei berkata, konflik yang berlaku masih berterusan dan menyifatkan Amerika Syarikat sekali lagi gagal mencapai matlamatnya.

“Pertempuran masih berlanjutan. Satu lagi kekalahan buat ‘syaitan’. Trump dan Amerika Syarikat gagal sekali lagi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button