Iran nafi tutup Selat Hormuz
TEHRAN – Iran menafikan laporan bahawa ia telah menutup Selat Hormuz, laluan perkapalan penting dunia yang menjadi nadi kepada penghantaran minyak global.
Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh berkata ketika menghadiri persidangan antarabangsa di New Delhi, Tehran tidak menutup laluan tersebut dan tiada rancangan segera untuk berbuat demikian.
“Sebarang keputusan untuk menutup selat berkenaan akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan Iran,” katanya.
Media televisyen kerajaan Iran turut melaporkan bahawa selat berkenaan kekal dibuka, walaupun sumber tentera memberi amaran bahawa kapal milik Amerika Syarikat (AS) atau Israel boleh dianggap sebagai sasaran ketenteraan.
Ketegangan serantau meningkat sejak 28 Februari lalu apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan balas terhadap Israel serta beberapa lokasi di negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Sejak itu, siri serangan balas dan pemintasan pertahanan udara terus berlaku di beberapa kawasan di Asia Barat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












