Isteri suspek kes pukul anak saudara di Kelantan ditahan polis
KOTA BHARU – Seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek kes kanak-kanak dipukul pada bahagian kepala sehingga parah di Jalan Pasar Jelawat, Bachok, semalam ditahan polis.
Timbalan Ketua Polis Bachok, Mohd Azrie Sulaiman berkata, wanita berusia 36 tahun yang merupakan ibu saudara kepada kanak-kanak itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
“Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian selepas disahkan mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentakan objek tumpul.
“Hasil siasatan turut mendapati suspek utama adalah bapa saudara mangsa berusia 46 tahun yang melarikan diri menaiki motosikal, sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi, Bachok, kira-kira 8.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengalami masalah halusinasi dan memiliki rekod penyalahgunaan dadah.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sensitiviti keluarga mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











