Jalan Bukit Bintang, Sultan Ismail ditutup mulai 8 pagi esok – DBKL
KUALA LUMPUR – Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail akan ditutup bermula pukul 8 pagi esok sempena Festival I LITE U 2026.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, penutupan laluan itu akan dilaksanakan sehingga pukul 3 pagi, 4 Januari.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa dilaporkan berkata, raptai penuh perarakan akan diadakan pada 1 Januari bermula pukul 6 petang.
Acara rasmi yang membabitkan penutupan penuh jalan berkenaan pula akan berlangsung esok bermula pukul 7.30 hingga 10 malam.
Festival I LITE U bakal menjadi acara pembuka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ia dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dijangka turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












