Jenazah empat sekeluarga selamat tiba di Dungun, selamat dikebumikan pagi tadi
DUNGUN – Jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Renggam – Simpang Renggam, Johor semalam, selamat tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) pada pukul 8.40 pagi tadi.
Ketibaan van yang membawa kesemua jenazah disambut oleh ahli keluarga, rakan taulan, serta penduduk setempat yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada para mangsa.
Kesemua jenazah kemudian disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AMBS.
Terdahulu, jenazah Semek Mat Soh, 73, Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya, Nor Azlina Abd Latip, 33, serta Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang merupakan anak saudara Aiman dituntut sebaik proses bedah siasat selesai pukul 4 pagi di Jabatan Forensik, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari semalam, kesemua mangsa terkorban ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Ladang RISDA Ulu Sedili selepas menghadiri majlis kenduri di Telok Mas, Melaka.
Kesemua mangsa maut di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












