BERITA SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 7,379 orang setakat pukul 8 pagi tadi, berbanding 9,667 orang, malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penurunan itu susulan penutupan dua buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, portal sama memaklumkan, 25 lagi PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Kuala Krai masih lagi beroperasi.

Di Pasir Mas, mangsa terlibat adalah seramai 4,339 orang daripada 1,275 keluarga yang berada di 10 PPS.

Di Tumpat pula, 10 PPS masih dibuka yang menempatkan 2,545 orang mangsa membabitkan 885 keluarga, diikuti Jeli (428 orang daripada 108 keluarga) di dua PPS, dan 67 orang daripada 16 keluarga di tiga PPS di Kuala Krai.

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, hanya satu sungai yang masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 9.54 meter (m).

Tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu (1.84 m), Sungai Kelantan di Kuala Nal, Kuala Krai (24.47 m) dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai (35.14 m), manakala empat sungai lepasi paras waspada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button