Kanak-kanak 4 tahun maut dipercayai terjatuh dalam kolam taman tema air
CYBERJAYA – Seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di sebuah taman tema air di Gamuda Gardens, Sungai Buloh, kelmarin.
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia empat tahun dipercayai terjatuh secara sendiri selepas keluar dari kawasan kolam berkenaan.
“Mangsa kemudiannya ditemukan berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
“Kanak-kanak itu segera dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hafiz menambah, setakat ini pihaknya tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam insiden berkenaan.
“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhung kejadian tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.
Beliau kemudiannya menambah, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Zul Irfan Omar di talian 017-5393648 atau mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











