Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas selepas dihanyutkan lebih 600 meter
ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, ditemukan meninggal dunia malam ini.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, mayat mangsa ditemukan pada jam 8.35 malam selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama kira-kira dua jam setengah.
“Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada sebatang pokok kira-kira 600 meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melaksanakan kaedah rapid deployment approach serta pencarian di permukaan air berikutan paras air yang tinggi dan arus yang deras.
Terdahulu, JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 petang sebelum anggota tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
Pihak berkuasa dan penduduk setempat turut meminta masyarakat sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa sebagai tanda penghormatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












