LUAR NEGARA

Kazakhstan rasmi sertai Perjanjian Abraham, normalisasi hubungan dengan Israel

WASHINGTON – Kazakhstan akan menyertai Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang bertujuan menormalisasikan hubungan antara Israel dengan negara-negara berpenduduk majoriti Muslim.

Penyertaan itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam, susulan perbualan telefon beliau Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, lapor Reuters.

“Kami akan mengumumkan majlis menandatangani perjanjian untuk menjadikannya rasmi, tidak lama lagi,” tulis Trump dalam laman Truth Social, sambil mendakwa terdapat banyak lagi negara mahu menyertai perjanjian berkenaan.

Sementara itu, Kerajaan Kazakhstan mengesahkan perkara itu sedang pada peringkat akhir rundingan.

“Penyertaan kami yang dijangka dalam Perjanjian Abraham, melambangkan kesinambungan dasar luar Kazakhstan yang semula jadi dan logik – berasaskan dialog, saling menghormati serta kestabilan serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Kazakhstan sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan ekonomi penuh dengan Israel, justeru pemeteraian perjanjian itu kelak dilihat sebagai lebih kepada bersifat simbolik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button