Kedai Emas Sri Semantan buka cawangan ke-16 di Bangi, tawar diskaun RM20 segram
KESS terus memperkukuh kedudukannya dalam industri emas tempatan menerusi pembukaan cawangan ke-16 di sini
BANGI – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) terus memperkukuh kedudukannya dalam industri emas tempatan menerusi pembukaan cawangan ke-16 di sini yang menawarkan potongan harga istimewa sebanyak RM20 bagi setiap gram sempena pembukaan rasmi.
Pembukaan cawangan baharu itu turut dimeriahkan dengan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan, termasuk peluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta.

Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh promosi akan menikmati pelbagai tawaran istimewa, termasuk penyertaan dalam cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta.
“Pembelian minimum tiga gram emas akan melayakkan pelanggan menerima satu tiket cabutan bertuah. Promosi ini merupakan penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong KESS,” katanya ketika ditemui dalam majlis pembukaan cawangan tersebut semalam.
Selain menawarkan pelbagai koleksi emas berkualiti, KESS memfokuskan kepada penjualan 100 peratus emas prelove (terpakai) berkualiti tinggi selain turut menyediakan perkhidmatan pembelian semula (buyback) dan pertukaran emas (trade-in) bagi memudahkan urusan pelanggan.
Mohamad Hafizal berkata, setiap cawangan memulakan operasi dengan kira-kira 10 kakitangan dan jumlah itu akan ditambah mengikut pertambahan pelanggan serta keperluan operasi.
Mengulas mengenai pemilihan Bangi sebagai lokasi cawangan baharu, beliau berkata kawasan itu dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, pembangunan pesat serta permintaan yang semakin meningkat terhadap pelaburan dan pembelian emas.
“Melihat kepada potensi pasaran di Bangi dan kawasan sekitarnya, kami yakin pembukaan cawangan di sini dapat memberikan kemudahan kepada pelanggan sedia ada serta menarik lebih ramai pelanggan baharu untuk mendapatkan emas dan menikmati manfaat yang ditawarkan melalui SSPC,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan KESS akan terus memperluaskan rangkaian perniagaannya dengan merancang pembukaan beberapa cawangan baharu, termasuk di Kemaman dan Sungai Petani, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
“Kami tak berhenti di sini. Selepas Bangi kami menyasarkan pembukaan cawangan ke-17 di Kemaman, Terengganu pada 27 dan 28 Jun ini, seterusnya di Sungai Petani, Kedah pada 4 dan 5 Julai depan, secara keseluruhanya kami menyasarkan untuk memiliki antara 25 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun ini.
“Kami juga merancang untuk membuka kilang pembuatan emas milik sendiri sepenuhnya pada Ogos depan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh operasi dan meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat,” ujarnya.
Sementara itu orang ramai di jemput untuk mendaftar sebagai ahli Seri Semantan Privilege Club (SSPC) yang kini mempunyai lebih 180,000 ahli bagi menikmati pelbagai tawaran ekslusif yang membolehkan ahli mengumpul mata melalui pembelian atau rujukan pelanggan baharu sebelum ditebus kepada baucar bagi mendapatkan emas mengikut terma yang ditetapkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












