BERITA SEMASA

Kementerian Luar sahkan terima laporan kehadiran tentera laut asing

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan menerima laporan mengenai kehadiran kapal tentera laut asing berhampiran kawasan pelantar minyak pesisir negara.

Wisma Putra berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran aset tentera itu namun tidak dapat memberikan ulasan mengenai ketepatan dan pergerakan kapal berkenaan kerana perkara itu berada di bawah pihak berkuasa pertahanan dan operasi keselamatan.

“Malaysia kekal dengan pendirian mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kawasan maritim negara seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979,” kata Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, pendirian itu juga selari dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Selari dengan dedikasi negara mengekalkan Laut China Selatan sebagai wilayah keamanan, kestabilan dan perdagangan, Malaysia akan terus terbabit secara diplomatik dengan semua negara yang berkaitan.

“Kerajaan juga kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Perilaku Pihak di Laut China Selatan (DOC) yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan,” kata kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button