BERITA SEMASA

Kerajaan labur RM65.28 juta bina Kompleks Zon Maritim Semporna

SEMPORNA – Kerajaan terus memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara apabila sebanyak RM65.28 juta dibelanjakan bagi pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna.

Kerajaan labur RM65.28 juta bina Kompleks Zon Maritim Semporna
Kompleks Zon Maritim Samporna

Majlis Penyerahan Separa Projek Siap yang berlangsung hari ini melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembangunan kompleks tersebut membuktikan Sabah tidak pernah dipinggirkan malah terus menjadi keutamaan kerajaan dalam aspek keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Pembinaan kompleks ini adalah bukti komitmen kerajaan. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan MADANI sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan Sabah,” katanya dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Separa Projek Siap yang berlangsung di sini hari ini.

Kompleks yang terletak di Batu 1, Jalan Bubul, Tampi-Tampi itu dibina di lokasi strategik berhampiran perairan Filipina dan Indonesia. Ia dilengkapi kemudahan moden termasuk bangunan pentadbiran utama, pusat sokongan logistik, jeti operasi dan marina untuk kapal serta bot Maritim Malaysia, helipad, padang kawad, gelanggang sukan dan kuarters anggota.

Majlis Penyerahan Separa Projek Siap yang berlangsung di sini hari ini.
Kompleks Zon Maritim Samporna

Menurut Saifuddin, apabila siap sepenuhnya, kompleks itu akan menjadi pusat operasi utama Zon Maritim Semporna selain berperanan sebagai hab koordinasi keselamatan dan latihan bersama ESSCOM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata, kemudahan tersebut akan melancarkan tindakan pantas terhadap ancaman keselamatan maritim termasuk penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di Pantai Timur Sabah.

“Kompleks ini akan mengukuhkan pengoperasian aset dan meningkatkan moral anggota di lapangan. Ia selari dengan usaha kerajaan memastikan kedaulatan negara terus terjamin,” katanya lagi.

Turut hadirTimbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Penyerahan projek fasa awal itu dilihat sebagai satu kejayaan penting dalam memperkukuh keselamatan maritim negara, seiring aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button