BERITA SEMASAPMX

Kerajaan peruntuk RM1.2 bilion selesaikan isu klinik, sekolah daif

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.2 bilion disediakan bagi menyelesaikan isu klinik dan sekolah daif di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan tersebut.

“Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan.

“Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi Kerajaan kalau tidak memudah cara.

“Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,” kata Anwar.

Sebagai langkah menyegerakan pelaksanaan projek, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat turut mengumumkan had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000, serta perolehan secara cabut undi kepada RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button