Dua kereta api bertembung di Peru, pemandu terkorban
LIMA – Seorang terkorban manakala 40 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung secara berdepan di landasan menuju ke tapak pelancongan terkenal Machu Picchu di Peru, semalam.
Menurut laporan Reuters, perlanggaran itu berlaku di landasan kereta api menuju ke kota purba Inca, Machu Picchu, destinasi pelancongan utama Peru yang menerima lebih satu juta pengunjung setiap tahun.
Pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan yang melibatkan dua kereta api dikendalikan oleh Inca Rail S.A. dan PeruRail S.A., yang kebanyakannya digunakan untuk mengangkut pelancong ke lokasi ikonik tersebut.
Dalam pada itu, seorang pegawai kesihatan memaklumkan kira-kira 20 mangsa berada dalam keadaan agak serius.
Seorang pegawai polis turut mengesahkan bahawa antara mereka yang cedera termasuk pelancong asing.
Rakaman dan gambar yang tular di media sosial selepas kejadian memaparkan dua lokomotif yang rosak teruk berhadapan antara satu sama lain di atas landasan, serpihan kaca bertaburan serta mangsa yang cedera menerima rawatan di tepi trek kereta api.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












