JENAYAH & MAHKAMAH

Kereta dilarikan suspek kes tikam ditemukan di tepi jalan

PASIR SALAK – Polis hari ini menemukan sebuah kereta Proton Wira sedan berwarna hitam yang sebelum ini dipercayai dilarikan suspek kes tikam hingga mati seorang lelaki di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, kereta bernombor pendaftaran WGX 3707 itu ditemukan di Batu Gajah, pagi tadi.

BACA JUGA:
Polis buru suspek kes tikam lelaki hingga mati

“Kenderaan yang dilarikan itu ditemukan di Batu Gajah di tepi jalan. Usaha mengesan lelaki berkenaan sedang dijalankan,” katanya, hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, siasatan setakat ini mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Semalam, polis melancarkan operasi memburu Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, beralamat terakhir di Kampung Guntur Tenggek, Batu Kikir, Negeri Sembilan kerana dipercayai menikam hingga mati seorang lelaki berusia 29 tahun dalam satu pergaduhan.

Hafezul berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam dalam pertengkaran dengan seorang lelaki berusia 30 tahun.

Difahamkan, perasaan cemburu dipercayai menjadi motif di sebalik kejadian tikam sehingga mati itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan S. Murugan di talian 012-6992784 atau Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button