BERITA SEMASA

Kerja perobohan struktur haram di Sungai Tekali hampir selesai

HULU LANGAT – Kerja perobohan struktur didakwa didiami komuniti Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Sungai Tekali dekat sini, hampir selesai dengan kebanyakan bangunan haram sudah dirobohkan.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, seorang pegawai telah melawat lokasi itu hari ini bagi menilai perkembangan kerja dan mengesahkan laporan bahawa operasi berkenaan sudah memasuki peringkat akhir, lapor NST.

“Pegawai itu mengesahkan bahawa kebanyakan struktur haram telah dirobohkan sepenuhnya. Hanya sebahagian kecil daripada bangunan utama yang dibina secara haram masih berdiri,” katanya, hari ini.

Mohd Sany memberitahu, pemilik tanah terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan melaksanakan kerja-kerja perobohan secara sukarela seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Proses perobohan berjalan lancar dan hampir selesai. Baki bahagian bangunan itu dijangka akan dirobohkan tidak lama lagi,” katanya lagi.

Beliau berkata, pihak berkuasa akan terus memantau kawasan tersebut bagi memastikan kerja perobohan diselesaikan mengikut keperluan yang ditetapkan agensi berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button