BERITA SEMASA

Kesiapsiagaan pertahanan tidak boleh diabaikan walau negara aman, stabil

JASIN – Keamanan dan kestabilan yang dinikmati ketika ini bukan satu alasan untuk mengenepikan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelekaan dalam kesiapsiagaan pertahanan antara kesilapan terbesar yang pernah berlaku terhadap negara tertentu ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.

“Bagi kita menikmati keamanan, jangan tinggalkan soal persiapan, kesiapsiagaan, disiplin dan peningkatan keupayaan pertahanan negara.

“Ini sering kali diingatkan orang biasa dengan sejarah peperangan, ketegangan termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua, semua melakukan kesilapan besar iaitu tidak ada disiplin dan kesiapsiagaan kerana mengandaikan semua keadaan terkawal.

“Sebab itu saya ucapkan khususnya kepada Menteri Pertahanan kerana sentiasa menekankan isu ini dalam sidang Jemaah Menteri dan beberapa perubahan.

“Reformasi sama ada perolehan, tender dan proses yang baik serta keselesaan kepada pasukan tentera selain daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat Negeri Melaka 2025 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Melaka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button