BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPN pantau keselamatan sempena kunjungan President Xi Jinping

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain semalam melakukan pemantauan udara sebagai persiapan lawatan Rasmi Presiden China, Xi Jinping pada 15 hingga 17 April ini.

Ketibaannya di Helipad, Persint 6, di sini disambut oleh Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), DCP Datuk Noor Sham Md Jani sebelum dibawa menaiki helikopter jenis AW139.

Menurut Razarudin, pemantauan itu tertumpu di beberapa lokasi tumpuan termasuk laluan rasmi yang bakal digunakan oleh delegasi.

 

“Ia bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan tertinggi pasukan melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam di sepanjang lawatan rasmi nanti adalah pada tahap terbaik, dengan penglibatan pelbagai unit.

“Pemantauan hampir sejam itu melibatkan lokasi-lokasi strategik termasuk laluan pergerakan dan kawasan acara rasmi,” menurut hantaran laman Polis Diraja Malaysia semalam.

Terdahulu, Razarudin mendengar taklimat Op Fuwa 2025 oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed di lobi Hotel Doubletree By Hilton.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Khalid Saion; Penolong Komander (Operasi) Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman, Superintendan Mohammad Khairani Khalid dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button