LUAR NEGARA
Lapan maut, 25 cedera kereta api rempuh bas, kenderaan lain
BANGKOK – Lapan pengguna jalan raya maut manakala 25 lagi cedera selepas sebuah kereta api barang merempuh bas awam di ibu negara Thailand, di sini petang semalam.
Nahas berlaku di Jalan Asok-Din Daeng antara persimpangan Rama IX dan Asok-Phet, lapor The Bangkok Post.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup dan kenyataan saksi, rempuhan itu menyebabkan bas berkenaan terbakar, manakala beberapa kenderaan lain berhampiran turut rosak.
Beberapa pengguna jalan raya lain yang menaiki kereta dan motosikal turut cedera dalam kemalangan itu sebelum diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital berhampiran.
Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian susulan laporan beberapa penumpang dipercayai terperangkap dalam bas yang terbakar.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












