LUAR NEGARA

Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum di Sudan diserang dron

KHARTOUM – Serangan dron dilaporkan berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, awal pagi semalam, menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa.

Insiden itu berlaku sehari sebelum kemudahan itu dijadualkan dibuka semula untuk penerbangan domestik selepas dua tahun penutupan akibat konflik, menurut AFP.

Seorang saksi memberitahu, bunyi dron kedengaran di kawasan tengah dan selatan kota Khartoum di antara pukul 4 dan 6 pagi (waktu tempatan) dan beberapa letupan turut dikesan di sekitar kawasan lapangan terbang, memetik Al Jazeera.

Sementara itu, seorang lagi saksi di kawasan kejiranan Al-Azhari di selatan Khartoum berkata:

“Saya terdengar bunyi letupan dan kemudian sebuah dron melintas di atas kepala.”

Seorang penduduk di tengah Khartoum pula berkata, dia terjaga pada pukul 4 pagi kerana kedengaran bunyi dron di langit.

Sementara itu, Panglima Tentera Sudan, Abdel Fattah al‑Burhan ketika melawat lapangan terbang mendakwa kemudahan itu kelihatan utuh dan menegaskan komitmen tentera untuk menghancurkan pemberontakan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum telah ditutup sejak pertempuran meletus pada April 2023 antara Sudanese Armed Forces (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF).

Serangan itu menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur di ibu negara Sudan.

Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan turut mengumumkan bahawa penerbangan domestik akan disambung secara berperingkat selepas pemeriksaan teknikal dan operasi selesai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button