Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke NORINCO perkukuh hubungan Malaysia-China
BEIJING – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meneruskan rangka lawatan kerja beliau ke Republik Rakyat China dengan mengadakan kunjungan ke China North Industries Group Corporation Limited (NORINCO), syarikat pertahanan darat utama negara itu.
Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai struktur serta keupayaan industri pertahanan darat China termasuk pembangunan sistem kenderaan perisai, artileri dan pelbagai persenjataan lain yang dihasilkan oleh NORINCO.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, sesi lawatan berkenaan bukan sahaja membuka ruang untuk Malaysia meneliti lebih dekat teknologi pertahanan China, malah turut memperkukuh kerjasama dua hala dalam sektor keselamatan dan industri.

“Hubungan Malaysia-China dalam sektor pertahanan kini diperkukuh bukan sahaja di peringkat kerajaan, tetapi juga melibatkan kerjasama industri bagi jangka masa panjang,” jelas kenyataan itu.
Lawatan Khaled ke China merupakan sebahagian usaha memperluas kerjasama strategik Malaysia dengan rakan antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












