BERITA SEMASA

Lebih 40 kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel di Shah Alam

SHAH ALAM – Lebih 40 kenderaan termasuk kereta dan motosikal hangus dalam kebakaran sebuah bengkel tayar di Seksyen 24, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seorang pekerja lelaki tempatan berusia 30-an mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta BBP Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi.

“Premis berkenaan terbakar hampir 90 peratus dengan 37 kereta dan tujuh motosikal musnah.

“Tiada mangsa berada dalam bangunan ketika kejadian kecuali seorang pekerja yang melecur di tangan ketika cuba mengalihkan kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.31 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button