JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki curi kabel KTMB direman tiga hari

KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai mencuri kabel di kawasan landasan kereta api di Kilometer (KM) 36.215 Downline Klang, di sini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistan Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Ya, suspek direman selama tiga hari dan siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA JUGA:

Lelaki ‘dicekup’ ketika curi kabel landasan kereta api di Klang

Terdahulu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kejadian itu dikesan pada pukul 1.15 tengah hari semalam selepas pihaknya menerima laporan berhubung gangguan litar landasan di lokasi terbabit.

Suspek kemudian berjaya ditahan hasil tindakan pantas anggota Polis Bantuan KTMB dengan kerjasama Pasukan Taskforce D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan turut menemukan beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan mencuri kabel di landasan kereta api tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button