JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan penemuan peluru dalam beg

GEORGETOWN – Seorang pekerja penyelenggaraan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penemuan beg berisi lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong jenis kaliber 22 di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nur Suhaila Baharin terhadap lelaki tempatan berusia 46 tahun itu bermula hari ini sehingga 8 Mac.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Lee Swee Sake sebagai berkata, seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan berkenaan.

Swee Sake berkata, ketika soal siasat, suspek mengakui membuang beg berisi sejumlah peluru itu di tempat pelupusan sampah pangsapuri sebelum menghubungi polis.

Dia mendakwa beg tersebut ditemukan ketika melakukan kerja penyelenggaran di sebuah rumah tahun lepas dan membuangnya untuk tujuan pelupusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button