JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditemukan maut dipercayai diserang gajah liar di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai diserang sekumpulan gajah liar berhampiran kawasan tepi sungai di Jalan Ladang Serasa, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Razali Daud, 55, yang bekerja sebagai buruh kampung disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dipercayai dipijak haiwan berkenaan.

maut
Keadaan mangsa yang maut di kawasan ladang getah dipercayai dipijak gajar liar.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mangsa pada pukul 11.38 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Paloh 2 dikerahkan ke lokasi berhampiran kebun getah untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemukan kesan tapak kaki serta najis gajah berhampiran lokasi mangsa ditemukan.

“Maklumat awal daripada orang awam mendapati mangsa dipercayai diserang sekumpulan gajah liar ketika berada di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Katanya, setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut kerana ia dipercayai membabitkan serangan haiwan liar.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button