Lelaki tumbuk pemandu wanita terlibat kemalangan ditahan
SEREMBAN – Seorang lelaki yang dirakam menumbuk seorang pemandu wanita di Jalan Persiaran Senawang 4, dekat Taipan, di sini, berjaya ditahan petang tadi.
Penahanan lelaki yang juga seorang anggota tentera itu disahkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati, insiden berkenaan berpunca daripada satu kemalangan kira-kira pukul 10 malam tadi yang membabitkan dua pejalan kaki, dan sebuah kereta dipandu seorang wanita.
“Apabila tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki iaitu wanita berumur 34 tahun dan anak perempuannya berumur tujuh tahun dikatakan melintas jalan dari arah sebelah kiri jalan ke sebelah kanan.
“Akibat jarak dekat, pemandu berusia 28 tahun itu tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar pejalan kaki berkenaan.
“Pelanggaran menyebabkan dua beranak terbabit cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun dalam masa sama, beliau berkata, anggota tentera berumur 35 tahun didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap pemandu kereta berkenaan.
“Pemandu wanita mengalami lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala selain kereta juga mengalami kerosakan.
“Tangkapan ke atas lelaki itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban petang tadi dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya.
Bagi kes kemalangan katanya, siasatan dijalankan mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khairul Aswad Mazlan di talian 011-10843873 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan dan sentiasa patuh kepada undang-undan
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











