BERITA SEMASA

Kemalangan latihan, 2 anggota tentera terkorban

GURUN – Dua anggota tentera dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan balingan grenad di lapang sasar Kem Hobart, di sini hari ini.

Menurut sumber, anggota lelaki dan wanita itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, maklumat pertama kejadian itu diterima pukul 12.30 tengah hari tadi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button