BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lima sekeluarga maut kebakaran disemadi dalam satu liang lahad

RAUB – Tangisan dan suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor, di sini, apabila jenazah lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran awal pagi Khamis selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, lewat malam tadi.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd Alawi Muhammad, 56; isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44; serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14 dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Gambar lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran termasuk dua beradik yang selamat kerana tiada di rumah.

Kesemua jenazah dikebumikan pada pukul 11.45 malam disaksikan sekitar 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung.

Terdahulu, jenazah lima beranak itu tiba di tanah perkuburan pada pukul 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan pengurusan jenazah di Unit Forensik, Hospital Raub.

BACA JUGA:

Suami, isteri bersama tiga anak perempuan rentung dalam kebakaran di Raub

Solat jenazah kemudian dilaksanakan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Dalam tragedi pada pukul 3.45 pagi itu, lima sekeluarga berkenaan ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Bagaimanapun, dua lagi anak pasangan itu selamat kerana tiada di rumah, iaitu Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan manakala Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan turut menyebabkan tiga kereta serta tiga motosikal terbakar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button