LUAR NEGARA

Macron lantik semula Sebastien Lecornu sebagai PM Perancis

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam melantik semula Sebastien Lecornu sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, empat hari selepas beliau meletakkan jawatan.

Reuters yang memetik kenyataan kenyataan Istana Elysee berkata, Lecornu diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan melantik semula Lecornu dibuat selepas rundingan dengan pemimpin pelbagai parti politik.

Lecornu dalam kenyataan balasnya bekata, beliau menerima amanah berkenaan.

“Atas dasar tanggungjawab, saya menerima amanah yang diberikan Presiden untuk melakukan segala yang perlu bagi memastikan Perancis mempunyai belanjawan menjelang akhir tahun ini serta menangani kebimbangan harian rakyat,” kata Lecornu dalam hantaran di akaun X miliknya.

Beliau kemudian menegaskan, keperluan untuk menamatkan krisis politik “yang membebankan rakyat Perancis” dan berikrar akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan misinya itu.

“Semua isu yang dibincangkan sepanjang rundingan beberapa hari lalu akan dibawa ke perbahasan Parlimen,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button