Maghribi cipta sejarah juarai Piala Dunia B-20
ISTANBUL – Skuad bawah 20 tahun (B-20) Maghribi mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia B-20 buat kali pertama selepas menewaskan Argentina 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Chile, semalam.
Memetik laporan Anadolu Ajansi (AA), Maghribi membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi sepakan percuma Yassir Zabiri sebelum pemain sama menggandakan kelebihan pada minit ke-29 hasil sepakan voli menarik.
Argentina berusaha bangkit namun barisan pertahanan Maghribi kekal kukuh, dibantu aksi cemerlang penjaga gol Ibrahim Gomis yang menafikan beberapa percubaan berbahaya termasuk pada minit ke-83.
Skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu mengekalkan disiplin tinggi dan menguasai permainan sehingga tamat perlawanan bagi memastikan kemenangan bersejarah tersebut.
Maghribi mara ke pentas final selepas menewaskan Sepanyol, Brazil, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Perancis, sekali gus melengkapkan tahun gemilang buat bola sepak negara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












