BERITA SEMASAPMX

Malaysia, Jepun setuju isu kemanusiaan di Palestin semakin meruncing

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membangkitkan isu Palestin-Israel dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, di Seri Perdana, di sini hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar berkata, beliau dan Kishida turut bersetuju bahawa isu kemanusiaan akibat konflik berkenaan semakin meruncing.

Anwar dan Kishida bersama anggota delegasi masing-masing ketia mengadakan pertemuan dua hala di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

“Kami juga bersetuju bahawa kita perlu menyokong segala usaha antarabangsa bagi membuka satu koridor kemanusiaan tanpa syarat,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar bersama Kishida.

Anwar seterusnya berkata, beliau turut menyatakan Malaysia sedia bekerjasama dengan Jepun, yang kini menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), bagi meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin

Selain isu konflik berkenaan, kedua-dua pemimpin negara turut berbincang mengenai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.

Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan daripada Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada 2015 ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.

Untuk rekod, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.

Setakat Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (AS$27.43 bilion).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button