Malaysia kecam serangan kemudahan LNG Qatar, seru redakan ketegangan Asia Barat
KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan sokongan terhadap kedaulatan Qatar serta mengecam serangan ke atas kemudahan LNG Ras Laffan yang disifatkan kritikal kepada ekonomi global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disuarakan ketika beliau mengadakan perbualan telefon bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua pemimpin turut bertukar ucapan serta menzahirkan keprihatinan terhadap situasi keselamatan di Asia Barat yang kian meruncing.
“Saya turut merakamkan takziah atas tragedi nahas helikopter yang meragut nyawa anggota Angkatan Tentera Qatar serta warga Turkiye, dan menzahirkan solidariti kepada keluarga mangsa.
“Malaysia juga menghargai bantuan Qatar kepada rakyat Malaysia yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Tambah beliau, kedua-dua pihak sependapat bahawa semua pihak perlu meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog serta diplomasi demi kestabilan serantau.
“Moga keamanan di Asia Barat dapat segera dipulihkan, Insya-Allah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












