BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAHLUAR NEGARA

Malaysia promosi AIAC di Hong Kong

HONG KONG – Potensi kerjasama antara Malaysia dan Hong Kong dalam bidang timbang tara menjadi fokus lawatan kerja rasmi dua hari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam lawatan itu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif Hong Kong, TYT John Lee Ka-Chiu, bagi mempromosikan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.

Azalina berkata, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai topik berkaitan termasuk peluang pemindahan pengetahuan, latihan serta bidang kerjasama lain yang dapat memberi manfaat bersama.

“Kita turut memanjangkan jemputan kepada TYT John Lee dan delegasi Hong Kong untuk berkunjung ke Malaysia,” katanya di satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Kunjungan ini turut disertai oleh Pengarah AIAC, Datuk Mary Lim Thiam Suan; Ketua Pegawai Eksekutif AIAC, Datuk Almalena Sharmila Johan; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), Dr.Punitha Silivarajoo serta pegawai-pegawai kanan BHEUU dan AIAC.

Katanya, lawatan itu diharap dapat memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Hong Kong serta meningkatkan kerjasama dalam bidang timbang tara ke tahap yang lebih baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button