BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Maritim Kelantan lupus rokok seludup bernilai lebih RM500,000

BACHOK – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan melupuskan sebanyak 114 peti rokok putih tidak bercukai dianggarkan bernilai lebih RM500,000 dalam satu operasi di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Beris Lalang, di sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kesemua rampasan itu merupakan hasil operasi pada April lalu dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

“Proses pelupusan dijalankan dengan kaedah musnah dan ditanam di tapak pelupusan dengan disaksikan oleh pegawai penyaksi pelupusan yang dilantik,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pihak Maritim akan terus memperketat rondaan serta melaksanakan operasi berterusan bagi membanteras penyeludupan rokok yang mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

Dalam pada itu, masyarakat maritim di negeri ini turut digesa bekerjasama menjadi ‘mata dan telinga’ kepada Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti penyeludupan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070 untuk tindakan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button