BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

MITI tegas komitmen perkukuh agenda pelaburan, sokong kepimpinan Johari Ghani

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan komitmen penuh untuk terus memperkukuh agenda pelaburan, perdagangan dan pembangunan industri negara seiring pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai menteri yang akan menerajui kementerian itu.

Dalam satu kenyataan, MITI turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Johari sambil menyatakan kesediaan kementerian itu untuk bekerjasama rapat di bawah kepimpinan beliau.

“MITI komited untuk terus memperkukuh agenda pelaburan, perdagangan dan pembangunan industri negara seiring kepimpinan Johari.

“Ia termasuklah dengan memberi tumpuan kepada perluasan peluang eksport, pemerkasaan usahawan tempatan, galakan pelaburan strategik serta pengukuhan pasaran domestik yang lebih stabil dan berdaya tahan,” kata MITI menerusi kenyataan di media sosial.

Menurut MITI, usaha itu bertujuan mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan yang mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan dan melantik Johari menjawat tersebut.

Pelantikan Johari dilihat sebagai langkah penting dalam memperkasa peranan MITI dalam mendepani cabaran ekonomi global serta memastikan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button