POLITIK
Muhyiddin sahkan dipanggil beri keterangan kepada SPRM esok
CYBERJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi memberi keterangan.
Dalam ciapannya pada pukul 7.52 malam tadi, Muhyiddin memberitahu bahawa beliau hari ini menghadiri beberapa mesuyarat.
“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini
“Bagaimanapun, esok Khamis saya diminta ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,” kata beliau dalam ciapan tersebut.
Kemunculan beliau ini sekaligus menafikan desas desas terdahulu bahawa beliau telah ditahan SPRM ketika sedang bermain golf di Selangor.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












