Netanyahu dakwa serangan di Rafah satu kesilapan
BAITULMAQDIS – Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu tanpa rasa malu mengaku serangan tenteranya ke atas Rafah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 nyawa penduduk Palestin sebagai satu kesilapan yang tragis.
Netanyahu berkata, serangan udara itu tidak bertujuan untuk membunuh orang awam dan percaya dilakukan secara tidak sengaja.
Dia berkata, kejadian itu akan disiasat secara terperinci ia melibatkan nyawa orang awam yang bukan dari pihak Hamas.
“Kami sudah memindahkan kira-kira satu juta penduduk bukan Hamas di Rafah, walaupun kami berusaha untuk tidak mencederakan orang ramai, malangnya kesilapan tragis telah berlaku.
“Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan membuat kesimpulan kerana ini adalah dasar kami,” katanya dalam pembincangan di Parlimen.
Pengeboman Israel ke atas khemah-khemah perlindungan yang menempatkan kang hilang tempat tinggal di barat laut Rafah, selatan Gaza, lapor agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA)
Kenyataan Netanyahu itu mendapat tentangan daripada beberapa orang anggota Parlimen yang bangun dan menjerit ke arahnya.
Netanyahu sebelum ini berikrar menyerang Rafah di selatan Semenanjung Gaza walaupun wujud laporan mengenai perjanjian gencatan senjata dengan pihak Hamas.
“Israel akan memasuki Rafah untuk memusnahkan batalion Hamas “dengan atau tanpa perjanjian,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












