BERITA SEMASA

Nga Kor Ming akan jumpa media untuk jernihkan keadaan – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming akan mengadakan pertemuan dengan organisasi media berkaitan susulan polemik yang timbul baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, susulan isu melibatkan menteri berkenaan dengan pihak media dalam satu program di ibu negara.

“Saya rasa ada ruang untuk beliau bertemu dengan pihak organisasi media dan beliau sudah memaklumkan bahawa memang akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk cuba menjernihkan keadaan.

“Jadi ini komitmen diberi oleh menteri berkenaan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah acara memaparkan Kor Ming dengan nada sedikit keras menjawab pertanyaan seorang wakil media berkaitan nama acara berkenaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Tindakan menteri itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button