LONDON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan merancang untuk membina sebuah pangkalan tentera yang mampu menempatkan sehingga 5,000 anggota di Gaza.
Laporan The Guardian menyebut, berdasarkan rekod kontrak Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Trump, tapak meliputi kawasan seluas lebih 350 ekar itu dirancang sebagai pangkalan operasi ketenteraan bagi Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) pada masa hadapan.
Pelan itu memperincikan sebuah pos ketenteraan yang dibina pembinaan secara berfasa yang apabila siap sepenuhya akan meliputi kawasan berukuran 1,400 meter kali 1,100 meter, dikelilingi 26 menara kawalan berperisai yang dipasang pada treler, lapang sasar senjata ringan, kubu perlindungan serta gudang peralatan ketenteraan untuk operasi.
Keseluruhan pangkalan itu juga akan dipagari dengan kawat berduri.
Laporan itu turut memetik sumber yang memberitahu, sekumpulan kecil pembida yang terdiri daripada syarikat pembinaan antarabangsa yang berpengalaman di zon perang, telah dibawa melawat tapak tersebut.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi kuasa kepada Lembaga Keamanan untuk menubuhkan Pasukan Penstabilan Antarabangsa sementara di Gaza.
Menurut PBB, ISF akan ditugaskan untuk mengawal sempadan Gaza dan mengekalkan keamanan di kawasan itu.
Ia juga akan bertugas melindungi orang awam serta melatih dan menyokong “pasukan polis Palestin yang telah disaring”.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












