POLITIK

PAS mungkin gerak ‘secara berasingan’ sekiranya krisis dalaman BERSATU jejaskan PN

CYBERJAYA – Parti PAS mungkin terpaksa bergerak “secara berasingan” pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 sekiranya kemelut dalaman Parti Probumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih berlarutan dan menjejaskan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS tidak boleh membiarkan konflik yang tidak berkesudahan dalam BERSATU mengganggu persiapan dalam menghadapi PRU akan datang, lapor portal FMT.

“Kalau ia merencatkan perjalanan PN, maka PAS tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuat keputusan drastik,” katanya ketika ditemui sidang media ‘Amanat Garah dan cadangan penyelesaian kemelut rumah anutan haram’.

Beliau bagaimanapun menegaskan, PAS tidak campur tangan dalam urusan dalaman parti itu, sebaliknya hanya mengharapkan penyelesaian segera demi kestabilan PN.

“Cuma kita boleh mendoakan dan mengharapkan supaya selesaikan dengan secepat mungkin,” katanya.

Fadhli berkata, PAS komited memastikan jentera parti berada dalam keadaan siap siaga, namun tidak boleh membawa bersama rakan gabungan yang masih dibelenggu masalah dalaman.

“Kita tidak mampu untuk membawa bersama satu parti yang masih diselubungi konflik dalaman yang tidak berkesudahan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button