BERITA SEMASA

Pasport menantu Muhyiddin sudah dibatalkan – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan pasport antarabangsa milik ahli perniagaan yang sedang diburu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, telah dibatalkan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permohonan untuk membatalkan pasport menantu bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila tindakan itu dilakukan.

“Saya dimaklumkan Jabatan Imigresen bahawa SPRM sebelum ini telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan pasport individu tersebut, dan tindakan itu telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen.

“Itu yang boleh saya sahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Related Articles

Saifuddin turut menambah, kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa SPRM, seperti yang dijelaskan sebelum ini oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

“Namun begitu, saya akan mendapatkan maklumat lengkap daripada semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri, termasuk Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Datuk Zakaria Shaaban).

“Kedua-dua agensi ini penting. Jika individu tersebut dikehendaki bagi tujuan siasatan oleh SPRM, maka kedua-dua agensi ini — Jabatan Imigresen dan polis — perlu membantu usaha membawa beliau pulang.

“Itu keutamaan kami,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button