JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai Unit Pendakwaan JPJ maut kemalangan

TEMERLOH – Seorang pegawai Unit Pendakwaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh maut setelah motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan denga sebuah lori ais yang terbalik di tengah jalan di Kilometer 137 Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.16 petang itu melibatkan sebuah lori jenis Hino dan motosikal Yamaha 135LC.

Katanya, mangsa seorang wanita berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua kenderaan datang dari arah Temerloh menuju ke Mentakab.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori yang bergerak secara lurus dipercayai hilang kawalan lalu hampir terbabas ke kiri jalan dan cuba mengelak daripada melanggar besi penghadang jalan menyebabkan ia terbalik di tengah jalan.

“Pada masa yang sama, motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori yang terbalik itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat kemalangan itu, katanya, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button