BERITA SEMASA

Pelawak dan isteri ditahan kerana sebar maklumat dalaman

SHAH ALAM – Polis menahan seorang pelawak dan isterinya untuk membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini, laporan Sinar Harian.

Pasangan yang masing-masing berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan semasa memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9 pada pukul 7 petang, semalam.

Kedua-dua individu tersebut telah direman selama dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram gambar program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi, mengesahkan penahanan dua individu tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button