Pelepasan cukai RM1,000 lonjak pelancongan domestik, ekonomi setempat – PM
KUALA LUMPUR – Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 bukan sahaja mampu merancakkan sektor pelancongan domestik, malah turut menjana ekonomi masyarakat setempat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, langkah itu adalah antara usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat melancong di dalam negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu dilihat dapat menyeimbangkan semula peningkatan trend pelancongan ke luar negara berikutan pengukuhan nilai ringgit.
“Disebabkan mengukuhnya ringgit, ada juga masalah sampingannya apabila semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara seperti Thailand, Jepun dan Indonesia.
“Justeru, kita menambah langkah untuk menarik pelancongan domestik dengan memberikan pengecualian cukai RM1,000 untuk dibelanjakan di dalam negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kebanjiran hampir 200,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand dan membelanjakan kira-kira RM50 juta di negara itu baru-baru ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












