Pemandu ehailing wanita cedera parah dikelar
SALAK TINGGI – Seorang pemandu e-hailing wanita cedera parah di leher dipercayai akibat dikelar seorang lelaki, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.40 malam tadi.
Tambahnya, suspek yang dikenali mangsa kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta mangsa sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
“Wanita berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norhizam menambah, kira-kira pukul 11.15 malam tadi, IPD Nilai berjaya menemukan kenderaan mangsa setelah ia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Nilai.
“Suspek berusia 69 ditemukan di dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan di bahagian leher.
“Turut ditemukan, senjata berupa pisau kerambit bersama suspek,” katanya lagi.
Suspek kemudiannya dihantar ke hospital dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki di talian 011-27328077 atau mana-mana balai polis berhampran,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












