BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemilik, dua pengurus kilang cuba lupus bahan buangan ditahan JAS

PASIR GUDANG – Cubaan tiga individu melupuskan bahan buangan terjadual secara haram di sebuah gudang terbiar di kawasan perindustrian Pasir Gudang terbongkar apabila mereka ditahan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu serbuan petang semalam.

Pemilik kilang warga China, dua pengurus ditahan

Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff memaklumkan, tangkapan melibatkan seorang pemilik kilang warga China bersama dua pengurusnya, berumur antara 28 hingga 60 tahun itu adalah hasil aduan awam yang diterima pada 26 Februari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam operasi sebuah kilang pembuatan minyak bahan api, telah menanam sisa buangan terjadual di kawasan semak dalam gudang terbiar tersebut.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan kira-kira 16 tangki Intermediate Bulk Container (IBC) yang mengandungi sisa berupa enap cemar industri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tiga sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis lanjut.

BACA LAGI : Pencemaran Sungai Telok Gong: Usaha pemuliharaan air dipergiat

BACA LAGI : Tiada pencemaran industri ke Sungai Kabul 

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 24(1) dan Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan pelupusan bahan buangan terjadual tanpa kelulusan.

Dr Mohd Famey turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan awam.

“JAS komited dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku yang terbabit dalam aktiviti pelupusan haram bahan buangan berjadual,” tambah beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button